Herba & Kitaran Haid Tidak Teratur.Apa Penyelesaiannya?


SOALAN BERKENAAN HAID DAN UBAT HERBA


Semua herba yang berasal daripada tumbuhan mempunyai phytoestrogen iaitu hormon estrogen yang fungsi dan kesan sampingannya adalah sama seperti hormon estrogen berasal daripada haiwan.



Oleh kerana itu, saya berpendapat phytoestrogen ini dapat membantu kitaran haid saudari dengan baik apabila saudari mengambilnya. Hormon ini juga terdapat dalam pil perancang. Jadi kalau saudari mengambil pil perancang itu, kitaran mengurangkan senggugut dan wajah akan bertambah cantik.
Pendapat saya, jika saudari berasa sesuai dengan pil herba ini, teruskan saja pengambilannya untuk beberapa bulan, kemudian cuba berhenti dan tunggu sama ada haid pulih semula atau tidak.

Alternatif lain adalah mengambil pil perancang yang mana senggugut akan berkurangan atau hilang. Haid yang tidak betul ini berpunca daripada fungsi ovari yang tidak normal. Terdapat segelintir wanita yang ovari mereka mengambil masa untuk matang dan berfungsi seperti biasa. Berat badan juga mempengaruhi haid. Jika terlalu gemuk atau kurus, boleh menjejaskan haid.

Susan Ahmad
SUMBER : Berita Harian


Popular Posts