Hiperhidrosis (Peluh Berlebihan)



Anda pernah mengalami peluh berlebihan (excessive sweating),berpeluh walaupun ketika cuaca sejuk? itu tandanya anda mengalami penyakit hyperhidrosis

Keadaan peluh yang melampau ini ialah sejenis penyakit yang dikenali sebagai hiperhidrosis. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui keadaan ini sebagai penyakit. 

Kebanyakannya beranggapan ia sebagai masalah biasa yang terjadi pada semua orang. Dari segi perubatan, hiperhidrosis ialah masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi.

Ada tiga jenis hiperhidrosis, iaitu hiperhidrosis berpunca daripada emosi yang selalunya membabitkan telapak tangan, kaki serta ketiak, hiperdrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan. 

Punca hiperhidrosis ini kurang jelas dan ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf simpatetik dalam badan dan sebahagian kecil kerana pembawaan genetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki mahu pun perempuan dan ia juga tidak mengira faktor usia.

Bagi mendapatkan rawatan hiperhidrosis ini, saudari perlu berjumpa pakar kulit kerana ada pelbagai kaedah rawatan dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan.

Hiperhidrosis menyeluruh mempunyai kaitan dengan masalah penyakit kanser dan urat saraf, masalah metabolik seperti hipertiroidisma, diabetes, hipoglisemia, gout, pheochorocytoma dan juga menopaus. 


MENGAPA MANJAKANI?

Manjakani terkenal dengan sifat astringent nya yg tinggi.kebanyakan produk di pasaran bagi mengatasi masalah begini mengandungi kandungan astringent.
Menurut perubatan Cina unsur astringent mampu merawat masalah ini




KAEDAH RAWATAN ALTERNATIF MELALUI HERBA MANJAKANI

Ada beberapa kaedah yg saya sarankan utk anda cuba atasi masalah ini.Hyperhidrosis terjadi kerana pembukaan liang roma yg besar maka astringent berupaya mengecilkan riang roma tersebut melalui beberapa kaedah

1. Rendaman teh & manjakani
- kaedah ini adalah dgn memasukkan uncang teh kedalam air panas & kemudian apabila telah suam tambhkan serbuk manjakani kedalam air tersebut dan rendam kawasan yg sering mengalami peluh berlebihan

2. Bedak
- anda bole gunakan manjakani sebagai bedak dgn menyapukan kawasan yg mengalami masalah tersebut sblm melakukan aktiviti luar

3. Manjakani,Air Mawar
- anda campurkan air mawar & manjakani kemudian sapukan ke seluruh badan lakukan dgn kerap seeloknya pagi & petang

SELAMAT MENCUBA <3

Popular Posts