Tip Berpantang Selepas Bersalin

Salam Sejahtera semoga semua pembaca dalam keadaan sihat & gembira selalu.owh anda kini baru menerima kedatangan org baru ya? Tahniah di ucapkan.seronokkan dpt baby sy sendiri pon suke baby rasa mcm nk lagi je!! hehehe
oklah harini sy nk share sedikit pengetahuan tentang ilmu berpantang.kenapa saya kategorikan sebagai ilmu? ini utk mengelakkan kita ikut amalan berpantang membabi buta.sbb baru2 ini sy ada terbaca 1 post di mana ibu ini berpantang dh 2 minggu xmandi.walhal die seorang yg beragama Islam.jd apa yang saya nak kongsikan di sini adalah dari sudut agama,tradisional & moden.nk kata sy hebat tu xlah cuma ambil ilmu dari bidan dari sumatera (bidan urut sy waktu berpantang) mak cik sy yg juga tok guru saya serta dari kenalan bidan2 berdaftar.

PEMAKANAN

Ha bab ni mmg kene tekankan sedikit sebab ramai sgt yang sy dengar time berpantang makan kering-kering je

sedikit menu perkongsian utk anda
PAGI - roti/biskut & milo
TENGAHARI - nasi,ikan,sayur & air (pelbagai resepi bole kita makan sebenarnye sbg cth,sup ikan lebihkan halia & black pepper ini bagus utk pnskan badan.sayur bole buat sayur campur mcm pakchoy,carrot & cauliflower selain tu bole juga buat mcm steak.mggu ke 2-3 dh boleh kalo nk makan ayam sbb seingt saya xde wujud masalah gatal2 kalo jaga kebersihan dengan betul
Anda memerlukan sumber vitamin dari makanan utk pulih dengan cepat.anda bole makan "roasted chicken" yang di peram dengan rempah2 berkhasiat.
bole rujuk sini utk sedikit info resepi yang suami sy buat sewaktu sy berpantang RESEPI BERPANTANG
PETANG - Susu & Kuih
MALAM - nasi & sayur

pls pls!! jangan makan ikan masin ye kerana makanan berbentuk peram @ jeruk ni buatkan nifas jadi busuk.dalaman pon xcantik.
Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.
Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

JANGAN LUPA AMALKAN KAPSUL MANJAKANI ANDA SETIAP PAGI & MALAM 


kenapa makan manjakani?
- bantu buang angin
- kecutkan peranakan
- cergaskan badan
- elak pening
- keluarkan darah kotor @ darah bantal (jika xkeluar habis bole jd racun,toksin punca masalah meroyan)
- melawaskan buang air besar
- pulihkan luka luar & dalam dengan cepat





PENJAGAAN DIRI & KEBERSIHAN

- Mandi air suam seeloknye pada minggu pertama mandi bersama daun2 wangi bagi menyegarkan badan anda.antaranya daun jambu,serai wangi,daun pandan,halia bara (masukkan bahan2 ini bersama air & masak hingga mendidih kemudian mandi guna air ni) nk extra wangi sy letak bunga ros hehehe.Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.


- Tukar pad dengan kerap untuk elakkan gatal-gatal & jangkitan sekitar kawasan luka perinium


- Gunakan air campuran SERBUK MANJAKANI sebagai bilasan terakhir pada luka perinium kerana ia bersifat anti septik & anti bakteria (menggantikan dettol) kemudian lap bersih sblm pakai pad

- sisir rambut & ikat jika panjang kerana amalan menyikat rambut mampu melancarkan darah untuk mengelakkan sakit kepala

- Pakai stokin & minyak panas sebelum anda pakai bengkung untuk elak anda di masuki angin
Antara kesan buruk apabila angin masuk satu badan iaitu emosi ibu terganggu dan sakit seluruh badan terasa seperti dicucuk dan pedih. Tidak hairanlah ibu berpantang sangat disarankan memakai pakaian yang menutup seluruh badan serta bersarung kaki sepanjang masa. Semuanya untuk mengelakkan angin daripada masuk ke dalam badan.

Angin dikatakan boleh masuk mengikut ibu jari kaki ibu yang tidak berstoking. Akibatnya kaki ibu akan berasa sejuk dan tajam tatkala memijak lantai. Jangan pandang remeh soal ini kerana ia boleh menyebabkan ibu bentan. Dalam perubatan tradisional, bentan bermaksud berbalik sakit. Ertinya, jika seseorang itu sakit tetapi tidak menjalani rawatan yang betul atau melanggar pantang, orang itu akan mendapat bentan.



BERTUNGKU

Cara bertungku ibu lepas bersalin lebih focus kepada proses mengecutkan rahim, menolak rahim ke atas dan mengecilkannya. Letak bahagian bucu batu (no.1) di atas ari ari dan tolak bahagian yang lebih kecil (no.2) ke atas. Buatlah berulang kali di setiap sudut bawah ari2 anda dengan menolak batu dari bawah ke atas.

Bahagian batu yang besar (no.1) akan memanaskan rahim dan mengecutkannya. Bahagian yang kecil pula (no.2) akan membantu menolak rahim dengan lembut.




Bahagian badan lain yang perlu di tungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak, belakang badan dan belikat. Tungku juga di bahagian buah dada, bertungku di sekitar buah akan melancarkan pengaliran darah. Bertungku baik dilakukan ketika berbaring. PERINGATAN : Jangan letak tungku di tengah perut.

Bertungku juga membantu kita mengurangkan lemak di bahagian perut. Bertungku lah selama 1/2 jam pagi dan petang.

Tips: Selalunya kain batik digunakan untuk membalut tungku, bloeh juga digantikan dengan kain cotton atau tuala kecik. Masa tungku masih panas, lapik perut anda dengan baju / apa2 kain sehingga anda yakin dengan suhu yang selesa. Ini bagi mengelakkan kecederaan pada kulit anda. Bila tungku makin sejuk, kurangkan lapik tungku anda, so anda dapat gunakan dalam masa yang lama. Lepas habis bertungku, tungku yang masih panas boleh di letakkan di bawah pinggang, bahagian belakang pinggang, punggung dan kaki.

Cara Bertungku Bagi Mengurangkan Sakit-sakit Badan dan Lenguh Badan.
  • Batu tungku di panaskan dan di balut dengan beberapa lapisan lain yang telah di letakkan daun mengkudu. Setelah di balut dengan rapi, hujungnya di ikat dengan ketat supaya tidak terburai
  • Tungku di bahagian ulu hati   : tujuannya untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.
  • Di bahagian Tengkuk   : letakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher. Letakkan di titik bekam kaahil dan akhda'ain.
  • Di bahagian bawah pinggang pula   : anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki, tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Lebihkan masa pada bahagian paha sebelah luar kiri dan kanan kaki. ini kerana di situlah terletaknya urat utama untuk darah mengalir ke kaki. Kalau block darah di situ, akibatnya kaki cepat lenguh
  • Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki   : kaki di rapatkan menjadi satu kemudian di gerakkan ke hadapan dan kebelakang. Jika tungku anda berbentuk bulat, golek-golekkan tungku ke depan dan ke belakang. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
Bertungku memerlukan kerajinan bagi mendapatkan kesan yang optimal.


BERTANGAS

Amalan ni bagus untuk dalaman selain merawat masalah wanita malah yang tidak berpantang juga elok amalkan 

bahan-bahan kita boleh dapatkan dari sekitar rumah sahaja.

Sediakan 1 sudu besar kunyit hidup yang telah ditumbuk, 1 sudu besar jintan hitam, 1 sudu besar halba, 1 sudu besar garam kasar dan 1/2 cawan perahan air limau nipis. Bahan-bahan ini disyorkan sebab ia senang diperolehi di dapur.
Kepada yang bertangas untuk masalah sakit puan, boleh mencampurkan 3 sudu serbuk manjakani, inai yang ditumbuk, 9 keping asam gelugor.

3. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati

4. Alaskan daun sirih dalam mangkuk tanah.

5. Masukkan batu tungku ke dalam periuk tanah.

6. Letakkan campuran bahan yang telah dibancuh tadi di atas batu tungku yang panas itu

Jika xde batu bolej juga masak bahan2 tadi bersama air hingga menggelegak.di bawah adalah1 kaedah yg boleh digunakan.ehsan dari blogger mama for cute little boy


ini jelah dulu saya kongsikan ye.nak siap2kan makan untuk anak2 pula.selamat mecuba & membaca!!!


Popular Posts