Faedah Bertangas Atau Ukup Wangi

Salam Jumaat penuh Barakah..harini sy nk share tentang amalan perbidanan lama yg semakin di lupakan iaitu "bertangas"

Habis tu "ukup wangi" apa pulak? mcm tak pernah dengar je...

Rawatan bertangas wangi biasanya di lakukan pada hari ke-40 pantang besalin atau oleh wanita selepas kedatangan haid setiap bulan.

Ramuannya mengandungi bunga melur,daun pandan,bunga ros,air ros & limau purut.bahan-bahan ini dapat menggalakkan pengeluaran bau peluh yg harum & menyegarkan.Ingat ya tiada "short cut" nk dapatkan tubuh badan yang wangi.anda perlu berkorban sedikit masa untuk kesejahteraan rumah tangga


Amalan bertangas wangi membuatkan aroma wangi kekal ke seluruh tubuh hingga ke umbi rambut malah mengelakkan kelesuan kulit,bau badan seperti di ketiak & lapisan pelipat payudara 

Bahan-Bahan Ukup Wangi

3 botol air mawar
7 helai daun pandan hiris halus
3 biji limau purut hiris nipis
1 genggam bunga melur
1 genggam bunga ros



Masuk semua bahan kedalam periuk tanah & didihkan pada api sederhana.Letak periuk tanah pd tempat tinggi (jika tiada bangku bertangas) duduk di atas kerusi dalam posisi seperti gambar di atas.bongkok kan sedikit badan ke depan supaya rongga miss v terbuka untuk mendapat wap wangi tadi.pastikan buka kaki dengan luas.selimut tubuh hingga ke kaki supaya wap tidak terbebas.

Sambil buat rawatan bertangas elok lakukan senaman kegel iaitu senaman kemutan smbil tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus.lakukan dengan perlahan & relax.

Senaman ini membolehkan wap masuk ke saluran faraj & mengeluarkan sisi toksin serta perkemaskan kedudukan rahim.



Cantik Jangan Hanya di Luar Di Zahirkan Dengan Aroma Minyak Wangi Yang Plastik...Cantik Di Mulakan Dari Dalam Supaya Harum Mekar Suami Pon Sayang

- ingatan untuk saya juga kerana saya sayang suami saya 

Saya sendiri sudah mencuba rawatan ukup wangi ni.saya buat selama 3 hari  berturut-turut selepas habis haid.apa yg boleh saya kongsikan dari segi dalaman saya rasa seperti dalam perut tu kosong & lapang,badan rasa ringan.
luaran pula bau harum sentiasa kekal pada tubuh badan malah suami nyatakan ade bau "unknown" tapi sangat menghairahkan.
dalam proses "ukup wangi" ini saya campurkan dengan manjakani jadi kesan "merapat" tu boleh di rasa bukan dari luaran pintu rahim shj tetapi hingga ke dalam.memang grip.

para wanita di luar sana boleh cuba sendiri & rasa kelainan dalam hubungan intim anda <3 

Popular Posts